Sabtu, 11 Jun 2016

Melawat ke Rumah Perusahaan Sampoerna

103 Tahun Berdirinya HM Sampoerna


Indonesia terkenal dengan produk rokok cengkeh yang banyak menyumbang hasil kepada ekonominya. Antaranya ialah rokok Gudang Garam, Dgie Sam Soe, Sampoerna, PT Jarum, Bentoel dan Djarum sekadar menyebut beberapa contoh.

Peluang melawat perusahaan HM Sampoerna merupakan satu catatan perjalanan yang tidak akan dilupakan memandang kepada sejarah bertahannya perusahaan yang kini menjangkau ke satu abad.

Sejarah ringkasnya, Perusahaan ini didirikan oleh pasangan suami isteri Liem Seeng Tee dan Siem Tjiang Nio yang berasal dari Fujian, China pada tahun 1913. Awalnya produk rokok yang dikeluarkan bernama Djie Sam Soe. Kini selain jenaama itu terdapat juga jenama lain iaitu Sampoerna dan A Mild.

Kini perusahaan yang awalnya dimiliki oleh keluarga Sampoerna ini telah berpindah milik kepada Philip Morris International yang menguasai keseluruhan perusahaan dengan pegangan 100% bermula dari 1 Januari 2005.




Dalam bangunan ini miripnya seperti satu muzium kerana apa yang kita lihat dikeliling ialah gambar-gambar pemilik perusahaan ini, mesin yang mengadun tembakau dan cengkih, replika dan juga sejarah perkembangan perusahaan ini.

















 Disisi lain bangunan utama ini terdapat sebuah cafe. 






Mercure Hotel Surabaya yang klasik dan modern

Hotel Inspection

Antara hotel di Surabaya yang seharusnya menjadi pilihan penginap/pelancong kerana selain menawarkan kemudahan dan keperluan yang dikehendaki, hotel ini juga terkenal kerana mengekalkan nilai-nilai klasik yang ada sejak dari awal pembinaannya. Para pencinta seni tentunya tidak akan melewatkan merasai tinggal disini.












Bersama kumpulan media dan pengusaha pelancongan dari Sabah mengabadikan gambar kenangan di hotel Mercure

Selasa, 31 Mei 2016

Sambutan Kaamatan di KDCA






Tahun ini saya membawa kumpulan budaya Lotud dari Kampung Damat Tuaran untuk menunjukkan pakaian tradisi Lotud semasa kemuncak sambutan Perayaan Adaw Kokotuan 2016 di KDCA 
Penampang. Kumpulan ini mewakili keseluruhan masyarakat Lotud Tuaran.


Antara yang turut mengambil peluang bergambar dengan kumpulan ini ialah YB Datuk Jainab Hj Ahmad, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Sabah.




Di Rumah Tradisi Tuaran, seawal pagi orang ramai sudah memenuhi ruangan untuk melihat berbagai aktiviti kebudayaan yang di persembahkan seperti, pameran, jualan kraftangan, paluan muzik tradisi gong, gulingtangan dan gendang dengan berbagai irama etnik, tarian-tarian dan juga nyanyian.






Bahagian atas rumah juga menjadi perhatian pengunjung kerana menyediakan pelbagai persembahan seperti pertunjukan tarian dan muzik tradisi, pelaminan atau libunan Lotud serta gimik kahwin olok2 dan makanan/minuman tradisi masyarakat Lotud.