Selasa, 31 Mei 2016

Sambutan Kaamatan di KDCA






Tahun ini saya membawa kumpulan budaya Lotud dari Kampung Damat Tuaran untuk menunjukkan pakaian tradisi Lotud semasa kemuncak sambutan Perayaan Adaw Kokotuan 2016 di KDCA 
Penampang. Kumpulan ini mewakili keseluruhan masyarakat Lotud Tuaran.


Antara yang turut mengambil peluang bergambar dengan kumpulan ini ialah YB Datuk Jainab Hj Ahmad, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Sabah.




Di Rumah Tradisi Tuaran, seawal pagi orang ramai sudah memenuhi ruangan untuk melihat berbagai aktiviti kebudayaan yang di persembahkan seperti, pameran, jualan kraftangan, paluan muzik tradisi gong, gulingtangan dan gendang dengan berbagai irama etnik, tarian-tarian dan juga nyanyian.






Bahagian atas rumah juga menjadi perhatian pengunjung kerana menyediakan pelbagai persembahan seperti pertunjukan tarian dan muzik tradisi, pelaminan atau libunan Lotud serta gimik kahwin olok2 dan makanan/minuman tradisi masyarakat Lotud.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan