Dewan Tun Hamdan Tamparuli Sabah
Bertempat di Dewan Tun Hamdan Tamparuli, pesta kaamatan peringkat daerah Tuaran diadakan dengan suasana yang penuh meriah. Walaupun hari ini merupakan hari bekerja biasa, penglibatan daripada pihak agensi kerajaan negeri dan sambutan orang ramai tetap memberangsangkan. Pesta Kaamatan peringkat daerah Tuaran ini dirasmikan oleh YB Datuk Joniston Bangkuai merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah sebagai mewakili YB Menteri MOSTI DS Panglima Madius Tangau.
Ada pelbagai program menarik diadakan sempena sambutan ini. Antaranya pertandingan ratu cantik kaamatan, sukan rakyat, sulap moginakan dan juga gerai jualan dan pameran
Selain gerai pameran dan jualan daripada agensi kerajaan dan orang perseorangan, terdapat satu khemah besar yang menempatkan pameran dan info sains daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI). Khemah besar ini menempatkan segala produk dan bahan yang membawa kepada pemikiran inovasi khususnya kepada pelajar dan orang ramai. Tidak hairan golongan pelajar memenuhi khemah ini untuk melihat lebih dekat dan mendapatkan sebanyak info yang berkaitan dengan Sains Teknologi dan Inovasi. Tahniah kepada Menteri MOSTI DS Panglima Madius Tangau yang telah berusaha membawa warga kerjanya dan peralatan/bahan/produk yang dicipta untuk perhatian dan tatapan masyarakat di Tuaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan